- Mohon Maaf Kepada Semua Rakan Blogger | macam2macamadadisini.blogspot.com
Free Auto Backlink

macam-macam ada di sini

Assalamua'laikum semua///


Terima Kasih kepada semua visitor & follower yg tak jemu2 singgah kat blog saya ni....lawatlah selalu, InsyaAllah saya akan melawat semua visitor & follower saya setiap hari. Terima kasih sekali lagi

alang2 dah singgah, follow jelah!!!

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Al-Quran

Thursday, July 22, 2010

Home » » Mohon Maaf Kepada Semua Rakan Blogger

Mohon Maaf Kepada Semua Rakan Blogger

Salam///

Saya ingin memohon ampun dan maaf kerana x sempat nak balas lawatan rakan2 blogger yg x jemu2 melawat blog sy kerana sy x sempat on9 selama 2 hari ni...so mulai hari ni InsyaAllah sy akan balas jasa baik rakan2 semua dgn melawat serta membaca entri2 rakan2 semua yg dh 2 hari sy x baca....
maaf sekali lg..

sy juga nak sertakan sedikit info utk renungan kita bersama...

"Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk
waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

0 comments:

Post a Comment

-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages