- Pulangkan Adik Adam Haikal | macam2macamadadisini.blogspot.com
Free Auto Backlink

macam-macam ada di sini

Assalamua'laikum semua///


Terima Kasih kepada semua visitor & follower yg tak jemu2 singgah kat blog saya ni....lawatlah selalu, InsyaAllah saya akan melawat semua visitor & follower saya setiap hari. Terima kasih sekali lagi

alang2 dah singgah, follow jelah!!!

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Al-Quran

Wednesday, June 30, 2010

Home » » Pulangkan Adik Adam Haikal

Pulangkan Adik Adam Haikal

Aku dapat rasakan betapa sedihnya jika berlaku perkara yg tak diingini nih. Utk yg 1st ni aku sebarkan kes kehilangan adik Adam Haikal agar kita sama2 dpt membantu. Jika saudara2 semua juga ingin mencari saudara mara, sahabat handai dan sebagainya yg hilang atau lama x jumpa serta penting utk berjumpa silalah psotkan di sini agar sama2 kita berikhtiar sedaya yg mampu utk membantu.

TOLONG SEBARKAN..

Pulangkan Adam Haikal





Biodata:.
Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun
Kes:
Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.
ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)
berkulit cerah, berambut pendek
parut di dahi dan lenggan kanannya.
baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar
Lokasi terakhir:
Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur

Hubungi:
012-2791044 (bapa)
012-2608660 (ibu))
012-21559241/ 012-9316653
019-2227878 (Halijah Hussin)
atau balai polis berhampiran.



Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010

Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini,
sila ambil tindakan segera.
Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak
pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang
permainan berhampiran rumahnya.

Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya ,
Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu
lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.



Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama
neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan
bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun
pada jam7malam anaknya pasti pulang.

“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai
bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,”
katanya.

“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya,
ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri
kahwin tersebut.
(Embedded image moved to file: pic24307.jpg)


Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari
sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih
tidak ketemu.

Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang
lelaki melayu.

Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya
bermain dibawah blok rumahnya itu.



Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai
hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .

“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu
membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang
dahulu, tolonglah,” katanya.

Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar
tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana
kanak-kanak itu pergi.

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan
kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.




Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia
Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.

0 comments:

Post a Comment

-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages